Want your
own Fotopage?







 
Puteri Elaira's FotoPage

By: Puteri Elaira Eliza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Journey down under... Ausie, I'll come back...

fajar saddiq di kaki langit
brain storming at Digital Pictures, Melbourne
Digital Pictures's reception
View all 70 photos...


Cuti Hari Raya yang kononnya selama 2 minggu tu, yang aku lompat-lompat tak hengat dunia punya hepi bila tau cuti raya dari 29 Oktober - 13 November tu... akhirnya hancus!

8 Nov, my beloved bos sent me SMS followed by calls, I have to fly to Melbourne malam tu jugak! Sakit perut den. Atas jasa baik Ida, dia hantar aku balik sampai stesyen komuter Seremban. Sampai rumah di KJ, 7.30senja.

Masuk ofis the next day, meeting tergempar. I'm running all over the office as other staffs still cuti sakan. Still in the meeting when ... excuse me bos, i'll be back in 1 hr or so... heh heh... Then, met teddy ... cute giler kemudiannya menjadi milikku. Thanks and thank God.

I fly that nite 9.30pm from KLIA. Reach Melbourne 4.30am waktu KL, 7.30am waktu sana. Lama gila beratur utk pemeriksaan kastam, rasanya mencecah sejam setengah jugak.... betapa bangganya dengan KLIA, yang Dennis describe as 'quite efficient' tu... bangge... bangge... kembang idung...

Mentari mencarak sewaktu keluar dari bangunan terminal lapangan terbang tu, tapi angin kuat.... huhu... angin sejuk... suka! Was introduce to Tara and they take me to Somerset Service Apt. A very nice room. Tapi jauh dari restoren2 Halal. So aku kat situ semalam sahaja. Lepas cek-in rehat sekejap, terus ke DigitalPictures... we got works to. Maka bermula lah kerja...walaupun dalam penerbangan dah setat brain storming, byk yang kena refine. Finished work at 9.30 malam tu. Susah jugak nak tido, tgk la tv cerita Jepun... kisah sekeluarga yg buat rest house kat tepi gunung, tak ramai yg datang nak sewa bilik. But then bila ada, setiap dari mereka tu bunuh diri dlm bilik yg disewakan tu. Untuk jaga nama baik dan reputasi rumah tumpangan mereka tu, mereka gotong royong satu family, tanam mayat2 tu. Ini cerita musikal...selang seli dgn lagu. Aku tgk gak sampai habis walaupun tak la best sgt.

Aku tidur lewat jugak, tapi bangun awal.... fresh!!! 7.30am Dennis and Tara pick me up dan setat keje balik. It was 11 Nov, Jumaat, to the production house, then sound studio. Best... walau pun penat... Balik lambat jugak malam tu. Dalam perjalanan nampak bangunan gereja ditepi jalan yg cantik dibias cahaya hijau. Harap-harap aku sempat merakamkannya... bisik hatiku sendiri.

Aku yang agak bengap berbahasa inggeris ni rasa nak putus lidah dan leher dan otak nak pikir... macam mana nak susun ayat. Aku rasa nak cakap melayu je... anyway, hamtam je semua... aku rasa pening jugak omputeh2 tu seme dgn bahasa aku...

Bla bla bla... sempat la ke Victoria Market sekejap, tak sempat pun nak beli byk benda, ingatkan boleh datang lagi huhu... rupanya tak pi dah. Padan muka aku! Coz Tara kata esoknya nak bawa aku pi Craft Market... jadi dia kata kat sana tu lebh byk benda menarik. So aku tak lah beli key-chain ke apa ke kat situ, konon nak tunggu esok. huhu... then sbb ada masa sikit before pergi ke studio rakaman diorang bawak aku ke Geelong. Sempat ke mall di Geelong tu... tapi tak ambik gambar...sebab semua nak cepat2 je.

Jalan balik ke pusat bandar, melalui rumah2 yg byk bunga ros.... gila aku, tapi mana sempat capture lihat sambil lalu je la. Aku pindah ke service apt yg baru di lillte burke st. yang dekat dgn kedai makanan halal. Dennis kata dulu bos duduk situ. ok la aku ikut je, aku tak kisah. tapi bilik tubapak besar untuk aku. dua tingkat plak... tempat tido kat atas... what ever...

Lain-lain...kerja kerja dan kerja... nak siapkan dalam masa 3 hari jugak (kalau kat mesia paling cepat 2 minggu kut). Best dapat pengalaman keje ngan omputeh. Ada byk yg aku pelajari. Terima kasih pada perjalanan dan pengalaman! Aku tak banyak bawa baju tebal, bos kata sana panas aku bawa baju nipis2 je... sejuk jugak... heh heh

Dan satu malam tu, aku memberanikan diri keluar berjalan beberapa blok untuk ambik gambar bangunan gereja yang aku tgk mcm cantik je tu... baru je nak snap beberapa... hujan plak mula turun. So i rushed back. Kang basah plak...dah la sejuk... kat aku la sejuk dan dgn baju tak sesuai aku tu...kekekke... belasah...

Ada sikit lagi gambar, tapi letih lah nak upload lagi... esok lusa lah pulak...


nice pic u have!
selamat berkenalan
Wed 23-Nov-2005 06:23
Posted by:intanmaria intanmaria@johordt.com  - [Link]
teddy hang tu bawak sekali ke gi sana? dia ada passport dgn visa? hehehe nice pics... Thu 24-Nov-2005 06:34
Posted by:silence  - [Link]
waa best nyer sambil2 buleh jalan2 ozi Wed 30-Nov-2005 09:49
Posted by:chung  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 28-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark



Kepada,

Semua pengunjung fotopages Elaira.... Selamat Hari Raya....

Care to comment?


Friday, 14-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY TO RAZLIZA

 


Marilah kita mengewish bireh kito.... Happy Birthday...den tak leh lupo den hadiah kek dio nior gomeng yg kocut tu maso form 3 ko maso form 5 agak eh lupo lak

Jaja... happy birthday.. semoga Allah mencucuri rahmat yang tak terhinga pada u and family. Kita menten je.. ko tu yang jarang bebona nak contact we all. Reunion 2005 - Cherating.. make yourself available. Jgn bagi excuse lagi. Ronda2 fotopages aku kat http://rozietasaid.fotopages.com. Ada pulling factor to cherating.. Once again HEPI BESDAY.. Fri 14-Oct-2005 07:00
Posted by:ita rozieta_said@yahoo.com.sg
Add comment


Monday, 10-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selepas hujan...

 
 
 
View all 6 photos...
Suasana selepas hujan adalah satu keadaan yang sangat aku suka. Walaupun aku lebih suka suasana di awal pagi, yang aku rasakan menyemarakan kesegaran alam, suasana di sebelah petang juga mampu membuat aku gembira dan ceria.

Sabtu lalu, sewaktu pulang ke kampung, aku telah sempat mengabadikan bekas titisan hujan yang sangat mempersonakan. Tanpa tripod, tak banyak shoot yang menjadi tambahan keupayaan lensa hanya sederhana.

Ayuhlah kukongsikan dengan kalian.... Selepas hujan...

ja superb la gambar ni.. ko memang best
Tue 11-Oct-2005 00:04
Posted by:ita rozieta_said@yahoo.com.sg
Add comment


Wednesday, 5-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto Geju, Sept '05 : Laut

Pagi ini langit kelabu
Dipuput bayu Disember
Ombak tak dapat tangkap aku!
View all 5 photos...
Dua tiga bulan kebelakangan ini aku saja suka-suka ikut bertanding lumba foto Geng Jurnal... 5 gambar aku hantar. Dan Alhamdulillah Ray of Lights II menang tempat ketiga. Kelakar nya, itu sebenarnya adalah keratan gambar aku kat tepi laut yg Ita ambilkan. Kredit goes to you Ta...

Nanti ada masa aku upload plak gambar2 bulan Ogos dengan tajuk Night life yang aku tak menang satu pun, dan gambar bulan July dengan tajuk Usang penyertaan pertama aku dan memenangi tempat ketiga jugak.

ehh gambar tu aku yang amik ke ja.. tu la kau apsal potong gambar ko tuh.. kalau kau masukkan sekali sure dapat no.1.. Sun 9-Oct-2005 02:52
Posted by:ita rozieta_said@yahoo.com.sg
Add comment


Monday, 26-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Citah di Kuala Lumpur International Airport

Mula-mula sampai
sori zai... kabo-tol-lazi, tanggan wa gegel laa tak makan lagi
bsamo sdaro skempong-cikgu ida(tak amik gamba mo do,ngumpek deh)
View all 57 photos...
Petang semalam jam 5.30ptg lebih sikit aku sampai kat KL Sentral dah janji ngan Izai jumpa kat sana. We all berdua akan pi ke Shah Alam. Jedah kata sampai komuter Shah Alam tepon dia dtg amik. Settt...

Jedah datang amik, by maghrib sampai rumah Jedah. Member goreng cekodok pisang... huyoooo serasa berkurun tak makan cekodok pisang... besttt... ko tak ngaso Da... jgn jeles! heh heh Selesai maghrib aku-izai-jedah-netty bertolak ke KLIA naik kete Jedah yang dipandu laju heh heh...

Sampai laa KLIA dlm 8.40pm. Jumpa la Citah dan family, juga Ida dan Along...

Flight Citah ditunda ke jam 6pagi. Tapi nasib baik ada orang kampung kek situ, best friend abang Citah, seorang pegawai MAS. Dia tolong arrangekan tiket Citah, alhamdulillah instead of transit ke Amsterdam, Citah transit ke Paris.... uwaaaaaaaaa.... aku nak pi Paris sgt, Citah yang sampai dulu.... tak pe tak pe... Izai kata Paris koto...

Dah settle pasal tiket, kita lepak kat McDonald... kira aku puas hati la dapat lepak lelama kat situ ngan Citah dan korang semua - kerja aku, seperti yg korang lihat tu lah... amik gamba. Ada yg jadi... tapi byk yang tak menjadi... heh heh...

Bila Citah nak pegi, aku rasa sayu sangat.... aku bakal jauh dari salah seorang kawan paling best dalam dunia aku. Aku sedih sebenarnya, tapi aku gelak je dan warning Ida dont start the fire. Karang aku melalak sama. Alhamdulillah berjaya dikontrol.

Aku harap Citah tak ada masalah nak sampai ke destinasinya (apsal aku tak amik no tepon Arpah aa??? Arpah kalau ko baca ni, tolong bagi no tepon ko, senang aku nak merisik khabar Citah dari ko.)

Citah masuk pintu pemeriksaan yang selalu aku masuk kalau nak ke Brunei... tapi aku pegi kejap jer... Citah pegi lama - setahun. Waktu aku lambai dan jerit-jerit Citah kat bawah tu... aku tau aku sedih sangat, sebab nanti ... lama sangat aku tak dapat jumpa Citah.

Dan aku berazam untuk menjejak Citah pertengahan tahun depan! Kita pergi ya kawan-kawan. Izai, jgn lupa cek kan MATA... boleh dapat tiket muah sket...

Utk Citah yang sangat kawan-kawan sayangi, belajar rajin-rajin, jaga diri dan enjoy ur self... kitorang sentiasa ada bersama kau, jgn pernah rasa sendiri.... hantar emel ok.... we love you!!!

- aku dari malam tadi membayang kan Citah sampai mana, sampai mana, sekarang jam 1.21tgh hari dia mungkin dalam Air France yang membawa dia ke Birmingham... seterusnya dengan bas ke Lester. Semoga pelajar malaysia yang tunggu dia kat airport tu ada kat sana sewaktu Citah sampai, kalau dia tak de aku luku dia sebab tak tunggu kawan baik aku

hehehe..berjayo rupo eh..an kat sini sehat. journey ke uk alhamdulilah, berjayo ko tak tak dapek la den tulis komen nih. Paris mas, an tengok tang jauh jer dari airport. tak sompek nak kuar jenjalan. enviroment kat sini..sojuk cam duk dalam aircond, 24 jam sojuk. asyik berbalut ngan jaket..sib baik ada lagi mentari.. tapi an ghindu malysia. memula tu nangis gak..kekeke. ni dah ok.thanks seba sokongan kalian suma, ari nih baru connected to internet. ada line kat bilik an. tapi overall best experience here..mai la datang. baru gamatttt. kenkawan memacam orang, malysian pun ghmai. mas jgn risau student mlaysian tu mang baik hati, diaorang bantu banyak. itu sahaja buat masa nih. dah kul 11 nih, time an tido lak, korang apa lagi bangun ler dah subuh nih, kat kul 6 nih. hehee an ada dua jam.. satu waktu sini, satu waktu malysia..jgn nak cenekee ok. tepon adik an 013 3403521. eh ko kato ko nak mas kannn. bye. sayonara. Sun 2-Oct-2005 21:38
Posted by:citah id_masitah@yahoo.com
Citahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! i lebiuuuuu........! macam mimpi tgk ko kek sini.... huhuhuhu........

bestnya kita dah terhubung semula...dengan adanya internet kek bilik ko tu an harap kita dapat keep in touch kalau tak hari-hari pun, harapnya selalu la... ado 2 3 kali an cubo-cubo tepon ko gak, mano tau kok dapek kan, tapi memang sah tak dapek... huhu... lopeh tu den soba jo laa nak donga cito dari ko...

an sona e osah risau eh, takut kok kau sosek barek kemano dah... alhamdulillah semuo e selamat. ni yg tak soba layi nak pi sanun nih... alamak sojuk ko? den ni jonih tak tahan sojuk...

den tak soba nak nengok gamba ko plak kek sanun citah oiii... apo layi dah kemera digatal ando tu... ko anta jo kek den... den boh dlm ni ha...

citah jaga diri.... belajar elok2.... ailabiuuuuu....
Mon 3-Oct-2005 00:58
Posted by:mas
chitah... suka tengok ko.. an tak soba boto nak poi kek kau nih.. mas lain la dio banyak duit.. den ni hmm soba yo la. chitah belajar ok tak.. den nak cont. phd kek situ buleh ko.. buleh kito together2.. ko kau nak kito buek samo2 tahun 2015 sok.. thee heee.. bye chitah.. ja.. moh la skali Mon 3-Oct-2005 02:46
Posted by:ita rozieta_said@yahoo.com.sg
View all 12 comments Add comment


Friday, 23-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
In my walk of life...

The talented illustrator, the artist... Rosh
My beloved Aurorans.... where the lands are green forever...
Dream do come true!
View all 13 photos...
These are some of the pictures of my walk of life that I wanted to share with you all today...

Care to comment?


Monday, 5-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Citah's Farewell @ Allson Klana Resort Seremban - 3rd Sept, 2005

 
laksa yang lawa,
gamba dalam gamba
View all 69 photos...


Girls.... please walk in a strait line.... heh heh...

sorry, semua gambar ni aku tak sempat nak edit, nak tebal kan foundation muka korang ke, nak tambah lipstik ke, dari aku tak upload biar aku upload kan... sbb sekejap tadi izai dah sms, gambar dah upload ke... heh heh... amik ni dulu lah, kalau korang nak cuci soh tukang kat kedai tu pi tambah lipstik okeh...

---

Majlis meraikan sahabat terchenta kita si Citah yang bakal berangkat ke Birmingham a.k.a Buyau laa tu... pada 25 Sept, flight malam Citah kata. Nice berkumpul with you all, bagai nak pecah coffee house tu kita kerjakan. Dan aku rasa Chef hari tu naik ngeri kena refill 3 - 4 kali udang galah tu, budak2 mgh88 tak reti-reti nak brenti makan, esp yang sampai 12.30 tengahari lagi tu...sapa ek...sapa ek?

Lepas habis kat Allson kitorang seme menyerbu tokeh sutera cina si Ipah.... Alia, anak dara Ain yang sungguhhhhhh sporting dan baik terus tertidur, sementara mama dia menjadi pragawati sambilan mengacu-ngacu kain kat badan... heh heh... Ipah keluarkan wajik sedappppppppp huhu... pada yg tak pegi, tgk je laa gambar tu...

Lepas tu plak singgah kat rumah kakak an, sempat lah korang jumpa mak an, tapi gambar kat sini tak de dalam kamera an, bateri kong. So kena tunggu koleksi Citah.

Ok, itu secara ringkasnya, tak leh tulis banyak...time is very limited!

ja den dapek bayang kan air kolam tu koring kekekekek.. peh tu air sampai lutut pun nanti ando orang lomeh... een, osah jobo e kau kan..

Ain tu anak e osah comel e kan.. ontok yo. Ntah ngikut sapo lah agak e tu. An raso ngikut Ain tu.. dio tu kan ko mentennn yo.. tompi sebona bonae.. kito yo lah yang tau kan... hehehe
Fri 9-Sep-2005 00:02
Posted by:ita rozieta_said@yahoo.com.sg
Gambar den osah nampak semangat e kan? Cam no nak bagi kurus ni weh!!! Jom lah weh kita jumpo peh tu kita bueklah kek tompek yang dapek mandi manda .... baru syok Fri 9-Sep-2005 12:56
Posted by:aeen zrn_tahir@yahoo.com
een.. mano lai tompek yg ando sumo package yg kau nak tu.. kalau tak Cherating.. Ando 3 pool .. ando laut segodang2e... ha tibo lah..an tunggu....
Sat 10-Sep-2005 00:12
Posted by:ita rozieta_said@yahoo.com.sg
View all 13 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.